POTRET
Teknik ini selalunya dikhaskan untuk pengambilan gambar manusia atau binatang. Tangkapan potret boleh dibuat dari pelbagai sudut. Tangkapan potret melibatkan tiga jenis iaitu close-up, mid-shot dan long-shot.
LANDSKAP
Landskap adalah satu bentuk tangkapan gambar yang membawa kesan yang besar dalam persembahan multimedia terutama yang menggunakan pendekatan holistik. Teknik panoramik iaitu secara panning dengan menggerakkan posisi dari satu sudut ke satu sudut yang lain boleh digunakan untuk mengambil gambar pemandangan. Sudut pandangan adalah salah satu lagi teknik yang paling lazim digunakan bagi mengambil gambar landskap. Antara sudut pandangan yang boleh digunakan ialah sudut atas ke bawah, sudut bawah ke atas dan sudut aras mata tepat.
TEKSTUR
Tekstur adalah teknik pengambilan gambar yang dapat memberi kesan yang mendalam kepada objek atau subjek yang jarang kita ambil perhatian.
KESAN BEBAYANG
Teknik yang digunakan bagi permukaan yang mengeluarkan refleksi atau bayangan objek atau subjek yang difokuskan.
BINGKAI
Kaedah penangkapan gambar yang membawa kesatuan ke dalam gambar yang diambil. Teknik bingkai memberi erti kepada gambar yang biasa.
PERSPEKTIF
Teknik pengambilan gambar yang memberi kesan kepada penonton.
No comments:
Post a Comment