LATAR BELAKANG

PENGENALAN


Projek ini merupakan satu usaha bagi menghasilkan sebuah blog dan buku kompilasi hasil-hasil kerja pelajar dari dulu hingga kini. Kompilasi hasil kerja tersebut adalah berbentuk fotografi serta karya kreatif. Buku kompilasi ini akan menjadi rujukan pelajar grafik, bahasa dan fotografi melalui kemahiran sebagai editor visual dan teks. Pelajar akan mempelajari kemahiran menjadi editor bahan visual dan teks dalam media.

LATAR BELAKANG


BBM3410 (Bahasa dalam Multimedia) merupakan subjek wajib kepada pelajar yang mengambil jurusan di bawah  Jabatan Bahasa Melayu. Subjek Bahasa dalam Multimedia ini mengajar bagaimana mengaitkan bahasa dengan komponen-komponen dalam multimedia khasnya fotografi. Seterusnya subjek ini melengkapi pengajaran linguistik dan bahasa dengan pengetahuan dan ilmu multimedia bagi menghadapi kemajuan teknologi yang turut menjadi cabaran dalam penggunaan bahasa Melayu hari ini.

OBJEKTIF



  1. Memberi pendedahan kepada pelajar untuk terlibat dalam satu organisasi redaksi yang akan menghasilkan sebuah blog dan buku Kompilasi Fotografi dan Memoir Bahasa dalam Multimedia.
  2. Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan segala pengetahuan teori yang telah diberikan oleh pensyarah semasa kuliah dan tutorial bagi diterjemahkan secara amali.

No comments:

Post a Comment