Thursday, 17 December 2015

MULTIMEDIA & FOTOGRAFI

Apa itu multimedia?


Tidak ada definisi tepat mengenai multimedia. Kebanyakan definisi diutarakan mengikut pendekatan, pandangan dan pegangan berdasarkan latar belakang kepakaran masing-masing. 
Gonzales(2000) pernah melafazkan keluhan beliau dalam membina kurikulum multimedia yang terbaik dalam arena akademia kerana definisi multimedia yang cuba dikesan tidak pernah sama.

Mengikut standard ISO 14915 (2001), multimedia didefinisikan sebagai antara muka yang mengintegrasi dan menyelaras penggunaan pelbagai media, sam ada media yang statik seperti teks, grafik dan imej atau media yang dinamik seperti audio, animasi dan video. Definisi ini menekankan standard yang mesti diguna pakai dalam persembahan dan teknik interaksi untuk aplikasi multimedia komputer secara am termasuk mandiri atau yang melibatkan aplikasi jaringan.

FOTOGRAFI

Gambar foto adalah tangkapan peristiwa atau objek sebenar dalam sekeping persembahan yang boleh dibawa ke mana-mana. Sekeping gambar membawa seribu makna. Ia boleh menyebabkan kita bertindak ke atasnya, juga boleh membuatkan kita sedih atau gembira bergantung pada konteks dan masa.

Kecanggihan teknologi telah membuatkan kita teruja untuk mencari fokus yang terbaik ketika mengambil gambar. Kemudahan mengedit sendiri gambar, membuang dan memilih di atas kamera digital telah secara langsung dan tidak langsung menyebabkan kita lebih dekat dengan gambar foto yang dihasilkan.

TEKNIK FOTOGRAFI

POTRET

Teknik ini selalunya dikhaskan untuk pengambilan gambar manusia atau binatang. Tangkapan potret boleh dibuat dari pelbagai sudut. Tangkapan potret melibatkan tiga jenis  iaitu close-up, mid-shot dan long-shot.

LANDSKAP

Landskap adalah satu bentuk tangkapan gambar yang membawa kesan yang besar dalam persembahan multimedia terutama yang menggunakan pendekatan holistik. Teknik panoramik iaitu secara panning  dengan menggerakkan posisi dari satu sudut ke satu sudut yang lain boleh digunakan untuk mengambil gambar pemandangan. Sudut pandangan adalah salah satu lagi teknik yang paling lazim digunakan bagi mengambil gambar landskap. Antara sudut pandangan yang boleh digunakan ialah sudut atas ke bawah, sudut bawah ke atas dan sudut aras mata tepat.

TEKSTUR

Tekstur adalah teknik pengambilan gambar yang dapat memberi kesan yang mendalam kepada objek atau subjek yang jarang kita ambil perhatian. 

KESAN BEBAYANG

Teknik yang digunakan bagi permukaan yang mengeluarkan refleksi atau bayangan objek atau subjek yang difokuskan.

BINGKAI

Kaedah penangkapan gambar yang membawa kesatuan ke dalam gambar yang diambil. Teknik bingkai memberi erti kepada gambar yang biasa.

PERSPEKTIF

Teknik pengambilan gambar yang memberi kesan kepada penonton.