KOMPILASI FOTOGRAFI 2016





“Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati). Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih”
(Surah Al-Buruj, 85:13-14)

1.             Al-Qowiy: ( القوى ) Maha Kuat, iaitu yang mempunyai kekuatan yang Maha Hebat dan tiada siapa pun yang mampu menandingi.
2.            Al-Matin: ( المتين ) Maha Teguh, iaitu  segala ciptaan-Nya berdiri teguh di atas paksi yang telah ditetapkan oleh-Nya.
3.             Al-Wali: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhluk-Nya.



“Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba”.
(Surah Maryam, 19:93)

1.             Al-Hamid: ( الحميد ) Maha Terpuji, iaitu  yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
2.            Al-Muhsi: ( المحصى ) Maha Menghitung, iaitu tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
3.             Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum wujud.
4.             Al-Mu’id: ( المعيد ) Maha Mengembalikan , iaitu mengembalikan ciptaan-Nya kepada fitrah yang asal.













“Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab:" (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang?”
(Surah Luqman, 31:21)

1.             Al-Muhyi: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.
2.             Al-Mumit: ( المميت ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
3.             Al-Hayy: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidup.
4.            Al-Qoyyum: ( القيوم ) Maha Berdiri Sendirinya , iaitu mengatur segalanya tanpa bantuan sesiapa.



“Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepada-Nya”
(Surah Maryam, 19:67)

1.            Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Menemukan, iaitu menemukan jalan keluar kepada hamba-Nya yang dalam kesusahan.
2.            Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia,iaitu yang memiliki segala kebaikan dan kemuliaan yang tidak terhingga.
3.            Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.



“Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
(Surah Luqman, 31:29)

1.            Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.
2.            As-Somad: ( الصمد ) Maha Diperlukan, iaitu diperlukan oleh makhluk-Nya dan kepada-Nya segala kekuasaan dan kemuliaan.
3.            Al-Qoodir: ( القادر ) Maha Menetukan lagi Maha Berkuasa, iaitu melakukan apa yang dikehendaki oleh-Nya.



Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerena masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.
(Mahatir Muhammad)

1.            Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan, iaitu tiada siapa yang dapat menghalang kehendak dan ketentuan-Nya.
2.            Al-Muqoddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan, iaitu mempunyai kuasa mutlak dalam mendahulukan sesuatu mengikut kehendak-Nya.
3.           Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Mengakhirkan, iaitu berkuasa melambatkan sesuatu permintaan hamba-Nya.



“Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman“. (Surah Yunus, 10:101).

1.            Al-Awwal: ( الأول ) Maha Memulakan, iaitu berkuasa memulakan setiap sesuatu dengan kekuasaan-Nya dan tiada sesiapa pun yang mampu menghalangnya.
2.            Al-Akhir: ( الآخر ) Maha Akhir, iaitu kekal abadi dan tiada pengakhirannya.
3.           Azh-Zohir: ( الظاهر ) Maha Nyata, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaan-Nya.














Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat,
(Surah Luqman 31:8)

1.             Al-Baatin: ( الباطن ) Maha Ghaib, iaitu kewujudan-Nya tidak mampu ditanggapi oleh manusia.
2.             Al-Waali: ( الوالى ) Maha Memerintah dan Maha Memberi, iaitu memerintah dan mengawal alam semesta mengikut kehendak-Nya.
3.            Al-Muta’aali: ( المتعال ) Maha Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.




“Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
(Surah Luqman, 31:27)


1.            Al-Barr: ( البار ) Maha Baik dan Dermawan, iaitu menganugerahkan pelbagai jenis kebaikan kepada makhluk-Nya.
2.            At-Tawwab: ( التواب ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan dan menerima taubat hamba-Nya.
3.            Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa, iaitu menghukum, kepada mereka yang bersalah.



“Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat”.
(Surah Luqman, 31:10)

1.            Al-’Affuw: ( العفو ) Maha Pemaaf, iaitu pelebur dan penghapus dosa hamba-Nya.
2.            Ar-Rouf: ( الرؤف ) Maha Pelimpa Pengasih, iaitu yang mencipta alam ini dengan penuh kasih sayang.
3.            Al-Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Memiliki Kerajaan, iaitu segala perkara yang berlaku di alam semesta, sesuai dengan kehendak dan iradat-Nya.



"Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi).


1.             Al-Dzal-Jalaali Wal Ikroom: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, iaitu kesempurnaan dan kemuliaan datang dari-Nya.
2.            Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha Menyeimbangkan, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilan-Nya.
3.            Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Menghimpun, iaitu menhimpunkan orang-orang yang telah mati dan menghidupkan kembali unutuk dihitung oleh-Nya.



Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka”.
( Surah Al-Qalam, 68:34)

1.            Al-Ghoni: ( الغنى ) Maha Kaya, iaitu memiliki seluruh kekayaan langit dan bumi.
2.           Al-Mughni: ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.
3.           Al-Maani’: ( المانع ) Maha Mencegah, iaitu yang sentiasa mencegah hamba pilihan-Nya daripada melakukan maksiat kepada-Nya.



“Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan”.
(Surah Maryam, 19:40)

1.                 Al-Dhoorr: ( الضار ) Maha Pemberi derita, iaitu memberi penderitaan kepada hamba-Nya yang melakukan kesilapan sebagai pengajaran.
2.                 An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakan-Nya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.
3.                 An-Nuur: ( النور ) Maha Bercahaya, iaitu yang memberikan cahaya kepada jiwa manusia dengan bimbingan dan cinta-Nya.



“Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri?”
(Surah As-Sajdah, 32:27)

1.             Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.
2.             Al-Badi’: ( البديع ) Maha Pencipta Keindah, iaitu mencipta alam ini dengan penuh keindahan dan kecantikan.
3.             Al-Baaqi’: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-lamanya.



“Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya. Dan dimulakan-Nya kejadian manusia daripada tanah”.
(Surah As-Sajdah, 32:7)

1.             Al-Waarith: ( الوارث ) Maha Mewarisi, iaitu mewarisi segala yang berada di alam semesta ini.
2.            Ar-Roshid: ( الرشيد ) Maha Pintar, iaitu memberi petunjuk kepada hamba-Nya ke arah kebaikan dengan kepintaran-Nya.
3.            As-Sobur: ( الصبور ) Maha Sabar, iaitu yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.















No comments:

Post a Comment