Apa itu multimedia?
Tidak ada definisi tepat mengenai multimedia. Kebanyakan definisi diutarakan mengikut pendekatan, pandangan dan pegangan berdasarkan latar belakang kepakaran masing-masing.
Gonzales(2000) pernah melafazkan keluhan beliau dalam membina kurikulum multimedia yang terbaik dalam arena akademia kerana definisi multimedia yang cuba dikesan tidak pernah sama.
Mengikut standard ISO 14915 (2001), multimedia didefinisikan sebagai antara muka yang mengintegrasi dan menyelaras penggunaan pelbagai media, sam ada media yang statik seperti teks, grafik dan imej atau media yang dinamik seperti audio, animasi dan video. Definisi ini menekankan standard yang mesti diguna pakai dalam persembahan dan teknik interaksi untuk aplikasi multimedia komputer secara am termasuk mandiri atau yang melibatkan aplikasi jaringan.
FOTOGRAFI
Gambar foto adalah tangkapan peristiwa atau objek sebenar dalam sekeping persembahan yang boleh dibawa ke mana-mana. Sekeping gambar membawa seribu makna. Ia boleh menyebabkan kita bertindak ke atasnya, juga boleh membuatkan kita sedih atau gembira bergantung pada konteks dan masa.
Kecanggihan teknologi telah membuatkan kita teruja untuk mencari fokus yang terbaik ketika mengambil gambar. Kemudahan mengedit sendiri gambar, membuang dan memilih di atas kamera digital telah secara langsung dan tidak langsung menyebabkan kita lebih dekat dengan gambar foto yang dihasilkan.