KOMPILASI FOTOGRAFI 2012&2014
















“...Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (berdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir)…”
(Surah Ar-Rad, 13:3)

Ar-Rahman: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.
Al-Malik: ( الملك ) Maha Memiliki, iaitu memiliki seluruh isi langit dan bumi secara mutlak.




“Tidakkah kamu tahu bahawasanya kepada Allah bertasbih segala apa yang ada di langit dan di bumi dan burung-burung yang mengembangkan sayapnya. Masing-masing mengetahui (cara) berdoa dan bertasbih. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(Al-Nur:41)

Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
As-Salam: ( السلام ) Maha Sejahtera, iaitu pemberi ketenangan, keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.
Al-Mukmin: ( المؤمن ) Maha Memberi Keamanan, iaitu penjaga keamanan kehidupan manusia dan mampu memberi bahaya dan ancaman.






“Allah pencipta segala sesuatu dan Dia Maha Pemelihara atas segala sesuatu”

(Surah Al-Zumar, 39:62)

Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Memelihara, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.
Al-Aziz: ( العزيز ) Maha Perkasa, iaitu memiliki kekuasaan yang mutlak dan tiada tandingannya.
Al-Jabbar: ( الجبار ) Maha Tegas dan Mendisiplinkan, iaitu segala kehendak-Nya tidak dapat diingkari oleh semua makhluk ciptaan-Nya.



“Dan Dia (Allah S.W.T) telah menyediakan bahtera bagimu supaya bahtera itu belayar di lautan dengan kehendak-Nya.”
 (Surah Ibrahim, 14:32)

Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Memiliki Kebesaran, iaitu seluruh kebesaran di atas muka bumi ini adalah milik-Nya yang mutlak.
Al-Khooliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu pencipta dan pemilik mutlak ke atas segala-Nya.
Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Merancang dan Mengatur, iaitu perangcang kehidupan dan perjalanan seluruh makhluk ciptaan-Nya.









“…dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi dengan melakukan kerosakan.”
(Al-Syu’ara, 26:183)

Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Mereka Bentuk, iaitu mereka bentuk alam semesta dan semua makhuk-Nya dengan sempurna.
Al-Ghoffar: ( الغفار ) Maha Pengampun, iaitu memberi pengampunan terhadap segala dosa hamba-Nya walaupun dosa itu seluas buih di lautan.
Al-Qohhar: ( القهار ) Maha Menundukkan, iaitu berkuasa menundukkan sekian makhluk-Nya dengan kebesaran-Nya.




segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya...”

(Surah Yunus,10:101)

Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Memberi, iaitu memberi kenikmatan kepada makhluk-Nya tanpa meminta balasan.
Ar-Razaaq: ( الرزاق ) Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi rezeki kepada makhluk ciptaan-Nya.
Al-Fattah: ( الفتاح ) Maha Membuka, iaitu membuka setiap apa-apa yang tertutup yang diperlukan oleh setiap makhluk-Nya.
Al-’Alim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.



“...Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam...”
(Surah Al-An’am, 6:162)

Al-Qoobidh: ( القابض ) Maha Menyempitkan, iaitu menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki oleh-Nya sebagai peringatan dan amaran.
Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Melapangkan, iaitu melapangkan rezeki hamba-Nya mengikut keperluan dan kesesuaian.
AI-Khoofidh: ( الخافض ) Maha Merendahkan atau Menjatuhkan, iaitu berhak merendahkan atau menghinakan makhluk-Nya sebagai pemberi peringatan.


“Dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh (lapis) langit di atas kamu dan Kami tidaklah lalai terhadap ciptaan (Kami)”
(Surah Al-Mukminum, 23:17)

Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha Meninggikan atau Mengangkat, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya semasa hidup atau selepas mati.
Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Memuliakan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agama-Nya dengan memberinya pertolongan dan kemenangan.
Al-Mudzil: ( المذل ) Maha Menghinakan, iaitu berhak dan berkuasa menghinakan seseorang dan tiada sesiapa yang terlepas daripada-Nya.




“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal”

(Surah Ali-`Imran, 3:190)

As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar, iaitu yang mendengar dan mengabulkan permintaan hamba-hamba-Nya.
Al-Bashir: ( البصير ) Maha Melihat, iaitu melihat dan menghitung setiap perbuatan.
Al-Hakam: ( الحكم ) Maha Menghukum, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusan dan hukum-Nya.
Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil, iaitu setiap makhluk-Nya tidak akan dirugikan dan dibalasi mengikut apa yang dikerjakan.



“Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirehat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk dijadikan perhitungan waktu. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui”
(Surah Al-An’am, 6: 96)

Al-Latif: ( اللطيف ) Maha Lembut, iaitu setiap takdir ke atas makhluk-Nya penuh kebaikan dan hikmah serta penuh lembut dan halus.
Al-Khobir: ( الخبير ) Maha Waspada iaitu, berwaspada terhadap segala tingkah-laku makhluk-Nya.
Al-Halim: ( الحليم ) Maha Penyantun, iaitu yang sentiasa memberi nasihat dan teguran, layanan, perkataan dan tindak balas kasar makhluk-Nya dengan santun.



“Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
(Al-Hajj, 22:64)


Al-‘Adzhim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu memiliki seluruh isi langit dan bumi.
Al-Ghafur: ( الغفور ) Maha Pengampun, iaitu sentiasa memberi pengampunan kepada makhluk-Nya.
As-Syakur: ( الشكور ) Maha Mensyukuri, iaitu sentiasa menghargai makhluk-Nya yang mentaati-Nya dan melakukan kebaikan amal soleh.
Al-‘Aliyy: ( العلي ) Maha Tinggi, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan.




“...Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami dalam bentuk binaan yang kukuh rapi. Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga...”
(Adz-Dzaariyaat, 51:47)

Al-Kabir: ( الكبير ) Maha Besar, iaitu yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.
Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Memelihara, iaitu tiada satu pun ciptaan-Nya yang terlepas daripada jagaan-Nya.
Al-Muqit: ( المقيت ) Maha Memberi Kekuatan dan Kecukupan, iaitu mencukupkan keperluan manusia dan berkuasa ke atas sekalian makhluk-Nya.
Al-Hasib: ( الحسيب ) Maha Menghitung, iaitu mencukupkan segala keperluan makhluk-Nya, tidak lebih dan tidak kurang.



“…janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi…”
(Al-Baqarah:11)

Al-Jalil: ( الجليل ) Maha Keagungan dan Kesempurnaan, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifat-Nya.
Al-Karim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
Ar-Roqib: ( الركيب ) Maha Maha Mengawasi, iaitu yang memerhati segala gerak-geri makhluk-Nya.
Al-Mujib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa pada-Nya.



“Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang mukmin”
(Surah Al-Jathiyah, 45:3)
Al-Jalil: ( الجليل ) Maha Keagungan dan Kesempurnaan, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifat-Nya.
Al-Karim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
Ar-Roqib: ( الركيب ) Maha Maha Mengawasi, iaitu yang memerhati segala gerak-geri makhluk-Nya.
Al-Mujib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa pada-Nya.



“Dan Kami telah menurunkan air hujan dari langit (dengan sukatan tertentu) serta Kami tempatkannya tersimpan di dalam bumi,dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.”
(Al-Mukminun, 23:18)

Al-Baa’ith: ( الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan manusia daripada tidur dan mati.
As-Syahid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan, iaitu menyaksikan setiap apa sahaja yang berlaku di dalam dunia ini.
Al-Haq: ( الحق ) Maha Benar, iaitu yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
Al-Wakil: ( الوكيل ) Maha Menguruskan Amanah, iaitu melaksanakan urusan pentadbiran di dunia dengan penuh kesempurnaan











No comments:

Post a Comment